Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Akan Tamatkan Sokongan Semua Versi Internet Explorer, Selain IE11 Pada Januari 2016

Microsoft bersama-sama pengenalan Windows 10, telah turut sama memperkenalkan pelayar web baru dinamakan sebagai Microsoft Edge. Kini, bergerak kehadapan, Microsoft turut mengumumkan akan menamatkan sokongan untuk pelbagai versi lama Internet Explorer.

Internet Explorer 11

Bermula 12 Januari 2016 kelak, Microsoft akan menamatkan sokongan untuk semua versi Internet Explorer, selain hanya versi Internet Explorer 11 sahaja.

Menurut Microsoft, Internet Explorer 11 akan disokong selama mana Windows 7, Windows 8.1 dan Windows 10 disokong oleh mereka.

Microsoft meminta semua pengguna sedia ada Internet Explorer untuk menaik-taraf ke pelayar web versi terkini, atau turut mengemaskini sistem operasi ke Windows 10 dan menggunakan Microsoft Edge. Seperti biasa, anda juga turut boleh menggunakan beberapa pelayar web pihak ketiga seperti Firefox dan Chrome – malah ada yang telah mula menamatkan sokongan untuk sistem operasi lama.

Seperti biasa, tanpa kemaskini terbaru untuk pelayar web, ia membuat pengguna terdedah kepada pelbagai masalah sekuriti, selain tidak boleh menikmati pelbagai teknologi web terkini yang diguna-pakai.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Akan Tamatkan Sokongan Semua Versi Internet Explorer, Selain IE11 Pada Januari 2016"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info