Dengan perkembangan arena teknologi, disamping pada masa yang sama mengurangkan pencemaran, beberapa kenderaan elektrik telah diperkenalkan. Kini, di Malaysia, Perbadanan Putrajaya akan mula menggunakan pekhidmatan bas elektrik
Penggunaan bas elektrik membawakan kepada beberapa kelebihan, terutamanya dari segi mengurangkan kadar pencemaran udara dan juga bunyi. Kini, dalam usaha berkenaan, Perbadanan Putrajaya akan memperkenalkan perkhidmatan bas elektrik di Putrajaya pada September 2016 kelak.
Untuk fasa permulaan, sebanyak 10 bas akan diperkenalkan di Putrajaya, dan digunakan pada semua laluan yang digunakan oleh perkhidmatan bas Nadi Putra pada hari ini.
Bas elektrik yang digunakan dibawa khas dari Jepun, dan sebanyak 10 buah bas akan digunakan untuk fasa percubaan. Selepas tiga bulan percubaan bermula September 2016 kelak, jika ia memperlihatkan operasi dan daya saing yang baik, maka semua bas sedia ada akan diubah kepada kenderaan elektrik sepenuhnya.
Penggunaan bas elektrik ini juga dikatakan selaras dengan sasaran Putrajaya untuk menjadi bandar hijau serta menjadikan perkhidmatan awam lebih mesra alam berbanding pada masa kini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Perkhidmatan Bas Elektrik Akan Diperkenalkan Di Putrajaya Pada September 2016"