Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MYNIC Melancarkan Pakej BOB – Kombinasi Hosting-Domain-Email Pada Harga RM180

Pada era digital ini salah satu perkara yang penting bagi peniaga adalah untuk mempunyai kewujudan di alam maya. Setiap perniagaan bukan sahaja perlu mempunyai laman web, bahkan kewujudan di laman sosial juga memainkan peranan penting. MYNIC dalam membantu peniaga tempatan kini hadir dengan pakej semua-dalam-satu iaitu Bisnes Online Bundle.

Berdasarkan statistik Suruhanjaya Syarikat Malaysia, secara purata terdapat 45,000 syarikat baru dan 350,000 perniagaan baru yang didaftarkan setiap tahun namun hanya 1 daripada 7 entiti perniagaan ini yang mempunyai kewujudan di alam maya. Mungkin terdapat pelbagai kekangan yang dialami oleh pemilik perniagaan, termasuklah kekurangan informasi dan kemahiran teknikal dalam mengendalikan laman perniagaan mereka. Dengan pakej Bisnes Online Bundle (BOB) ini yang ditawarkan oleh MYNIC ini disasarkan untuk perniagaan kecil dan sederhana bagi mewujudkan perniagaan mereka di alam maya.

MYNIC BOB -IMG_7740

Menerusi pakej semua-dalam-satu ini, peniaga akan menerima domain .my atau .com.my , emel professional berkapasiti 10GB, khidmat web hosting berkapasiti 5GB namun tanpa had kuota bandwidth penggunaan, dan juga perisian antivirus F-Secure Protection Service yang dikhususkan untuk perniagaan. Kesemua ini ditawarkan pada harga promosi RM 180 (termasuk GST) bagi tempoh terhad sebelum 31 Disember. Bagi peniaga yang ingin belajar sistem pengendalian laman web, pihak MYNIC turut mengadakan kursus asas WordPress selama 1 hari pada harga RM 100.

Jika dikirakan dari penawaran yang ditawarkan oleh MYNIC, boleh dikatakan pakej ini ditawarkan pada harga yang mampu milik, dan pada spesifikasi asas yang mampu membantu peniaga memulakan kewujudan mereka di internet. Malah, latihan asas WordPress pada harga tersebut juga merupakan harga yang cukup rendah, membolehkan pemilik perniagaan mengetahui serba-sedikit bagaimana menguruskan laman web dengan mudah dan seterusnya membaharui pelan ini untuk tahun akan datang pada harga RM 250.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "MYNIC Melancarkan Pakej BOB – Kombinasi Hosting-Domain-Email Pada Harga RM180"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info