Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Digi Akan Menawarkan Penstriman Apple Music Tanpa Caj Data Melalui Music Freedom

Digi sedia menawarkan perkhidmatan Music Freedom, membolehkan para pengguna dan pelanggan Digi menikmati perkhidmatan penstriman muzik tanpa mengalami sebarang caj penggunaan data internet bulanan mereka.

Sejumlah perkhidmatan muzik disokong dibawah Digi Music Freedom, termasuk Samsung Milk Music, Tidal, Spotify, Deezer dan sebagainya. Kini, melalui Twitter, Digi turut memperlihatkan mereka akan menambah sokongan penstriman Apple Music pada perkhidmatan Digi Music Freedom. Walaupun langganan data adalah percuma untuk tujuan Music Freedom, tetapi pengguna masih perlu melanggan perkhidmatan penstriman berbayar tersebut melalui aplikasi khusus Digi, serta mendapatkan pas Music Freedom (yang mana ditawarkan secara percuma buat masa ini).

Digi Apple Music

Apple Music telah diperkenalkan oleh pihak Apple tidak lama sebelum ini, selain turut memperkenalkan aplikasi Apple Music untuk Android pada minggu lepas. Melaluinya, pengguna boleh mendengar pelbagai muzik, selain mengikuti radio atas-talian mereka tersendiri.

Digi memberikan petanda ia akan menambah sokongan tersebut pada Digi Music Freedom berrmula 16 November 2015 – iaitu esok. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut daripada mereka secara rasminya esok.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Digi Akan Menawarkan Penstriman Apple Music Tanpa Caj Data Melalui Music Freedom"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info