Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lenovo PHAB Dilancarkan Di Malaysia – Tablet-Telefon Pada Harga RM799

Lenovo Malaysia hari ini telah melancarkan beberapa produk baru mereka, dan salah satunya adalah peranti baru pada siri keluarga PHAB, iaitu Lenovo PHAB. Lenovo PHAB memfokuskan kepada mereka yang ingin skrin bersaiz besar, iaitu bersaiz 6.98-inci.

Lenovo PHAB

Dari segi spesifikasi, Lenovo PHAB menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 410 1.2Ghz, memori 1GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Peranti ini hadir dengan kamera belakang 16-megapixel, dan kamera hadapan 5-megpixel. Lenovo tuurt menyertakan sokongan audio Dolby Atmos bersama-sama dengannya, dan bateri berkapasiti 4250mAh.

Dari segi perisian, ia hadir dengan sistem operasi Android 5.1 Lollipop.

Di Malaysia, Lenovo PHAB akan dijual pada harga RM799.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lenovo PHAB Dilancarkan Di Malaysia – Tablet-Telefon Pada Harga RM799"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info