Tangan kiri palsu milik Big Boss ialah antara tangan palsu paling berkuasa di dalam dunia permainan video. Di dalam permainan Metal Gear Solid V : The Phantom Pain, tangan palsu ini boleh terbang dan menumbuk musuh serta melancarkan serangan renjatan elektrik. Tangan palsu bionik ini tidak wujud di dunia sebenar tetapi ini tidak menghalang Konami dari menghasilkan replika yang boleh digunakan oleh seorang peminat tegar di United Kingdom.
Melalui projek The Phantom Limb, Konami ingin menghasilkan tangan palsu seakan Big Boss untuk James Young. Pemuda ini kehilangan tangan kiri beliau selepas digilis kereta api beberapa tahun yang lalu. Tangan palsu milik yang dihasilkan projek The Phantom Limb akan menggunakan teknologi bionik dan elektronik terkini untuk membolehkan James bermain permainan video seperti insan biasa. Rekaan akhir tangan palsu ini masih belum diperlihatkan. Sebuah dokumentari khas turut akan dihasilkan bagi menunjukkan bagaimana tangan palsu unik ini akan dihasilkan. Kepada yang berminat anda boleh mengikuti perkembangan projek ini menerusi laman rasmi The Phantom Limb,
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Konami Menghasilkan Tangan Palsu Big Boss MGSV Untuk Seorang Peminat Kudung"