Sembang Maniac

Sembang-sembang je

iPad Pro Boleh Dibeli Di Malaysia Bermula Minggu Ini

Apple iPad Pro ialah tablet terbesar pernah dihasilkan oleh Apple dengan skrin sebesar 12.9″. Tidak seperti iPad sebelum ini, Pro diperkasakan dengan pemproses yang dikatakan lebih berkuasa jika dibandingkan dengan kebanyakan komputer riba di pasaran. Sejak diperlihatkan pada bulan September lalu ramai yang tertanya-tanya bilakah ia akan mula dijual di Malaysia. Apple hari ini mengumumkan pesanan secara atas talian iPad Pro boleh dilakukan bermula hari ini di 40 negara. Berita baik di sini ialah pengguna Malaysia termasuk di dalam senarai antara negara terawal yang boleh melakukan pesanan melalui laman rasmi Apple.

Apple iPad Pro

Ketika artikel ini ditulis pesanan melalui laman rasmi Apple Malaysia masih belum boleh dilakukan. Oleh itu harga jualan rasmi juga masih belum dapat kami sahkan. Apple hanya mengumumkan harga untuk pasaran Amerika Syarikat setakat ini. Versi WiFi dengan muatan dalaman 16 Gigabyte dijual pada harga $799 (~RM 3500), WiFi dengan muatan dalaman 32 Gigabyte dijual pada harga $949 (~RM 4160) manakala versi selular dengan muatan dalaman 128 Gigabyte dijual pada harga $1079 (~RM 4730) .Harga tidak termasuk aksesori tambahan Apple Pencil yang dijual pada harga $99 (~RM 440) dan Smart  Keyboard  pada harga $169 (~RM 737).

Kepada yang mahu membeli terus dari kedai fizikal, iPad Pro akan boleh dijual bermula minggu hadapan. Kami akan mengemaskini artikel ini sebaik sahaja pesanan boleh dilakukan di laman rasmi Apple Malaysia dan harga rasmi diketahui.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "iPad Pro Boleh Dibeli Di Malaysia Bermula Minggu Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info