Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC Memperkenalkan Program HTC Preview Untuk Menguji Produk Terbaru HTC Sebelum Ia Dipasarkan

Prestasi HTC pada tahun ini boleh dikatakan agak mengecewakan, namun masih terdapat sejumlah pengguna yang menggunakan dan meminati jenama HTC. Kini, dalam bergerak kehadapan dan menerima maklumbalas pengguna untuk produk baru sebelum dipasarkan, HTC melancarkan sebuah program baru dinamakan sebagai HTC Preview.

Melalui program ini, pihak HTC akan menawarkan produk baru mereka untuk diuji oleh beberapa pengguna, serta mendapatkan maklumbalas berkaitan dengannya – sebelum mereka memasarkan program berkenaan.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan diri menyertai HTC Preview ini, dan seperti biasa, anda akan tertakluk kepada peraturan dan tidak boleh mendedahkan pelbagai perkara yang diuji kepada umum. HTC sedia terkenal dengan pelbagai ketirisan awal sebelum sesuatu produk dilancarkan – dan tidak diketahui sama ada program ini akan mengawal ketirisan berkenaan ataupun sebaliknya.

Layari : HTC Preview


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC Memperkenalkan Program HTC Preview Untuk Menguji Produk Terbaru HTC Sebelum Ia Dipasarkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info