Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ahli Parlimen Khuatir Waze & Google Mendedahkan Negara Kepada Serangan Israel Dan Amerika Syarikat

Adakah penggunaan aplikasi Waze dan Google Maps akan mendedahkan negara kepada serangan dari Israel dan Amerika Syarikat? Ini adalah soalan yang ditanya oleh anggota parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi di Parlimen hari ini. Menurut beliau pergantungan penduduk Malaysia kepada perkhidmatan navigasi dan pemetaan ini perlu diambil serius kerana data yang dikumpul dimiliki oleh syarikat luar negara. Menurut beliau kesemua data perjalanan dan tempat tinggal pengguna disimpan oleh kedua-dua syarikat ini mungkin boleh digunakan oleh pihak luar seperti Israel dan Amerika Syarikat.

waze-google-israel

Soalan yang ditanya oleh Datuk Raime Unggi ini mungkin kedengaran seperti paranoid tetapi sebenarnya ada kebenarannya. Sekiranya perjanjian TPPA ditandatangani oleh Malaysia kelak, maklumat pengguna tempatan yang disimpan di Amerika Syarikat boleh diakses oleh agensi perisikan Amerika Syarikat di bawah Akta Patriot. Ini adalah kerana data ini kini di bawah bidang kuasa penguatkuasa undang-undang negara yang menyimpannya.Pergerakan seharian anda kemudian mungkin boleh diintip oleh mereka sekiranya Waze dan Google bersetuju berkongsi maklumat ini dengan pihak berkuasa. Google sebagai contoh sudahpun menggunakan data peribadi pengguna yang dikumpul untuk tujuan mensasarkan iklan terus kepada anda. Tetapi mereka juga pernah menolak permintaan dari pihak berkuasa untuk membenarkan akses pintu belakang untuk tujuan intipan peranti milik penjenayah.

Jadi siapakah yang harus anda percayai? Adakah anda bersetuju dengan kebimbangan yang ditunjukkan oleh  Datuk Raime Unggi. Haruskan kita mempercayai Waze dan Google untuk tidak berkongsi data peribadi anda untuk tujuan intipan? Perkhidmatan “percuma” yang ditawarkan oleh mereka sebenarnya bukanlah betul-betul percuma. Terdapat satu pepatah popular dari Andrew Lewis yang ingin kami kongsikan bersama anda yang berbunyi “If You’re Not Paying For It, You Become The Product”. Realitinya anda adalah produk yang boleh digadaikan bila-bila masa sekiranya harga yang ditawarkan adalah cukup baik.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ahli Parlimen Khuatir Waze & Google Mendedahkan Negara Kepada Serangan Israel Dan Amerika Syarikat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info