Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Dron Terkini Amazon Diperlihatkan – Rekaan Hibrid Helikopter Dan Kapal Terbang

Amazon sudah lama mahu memulakan sistem penghantaran bungkusan dengan menggunakan dron. Sebelum ini mereka ada memperlihatkan prototaip dron penghantaran mereka berbentuk sebuah quadrotor. Dengan menggunakan dron, mereka berharap dapat menghantar barangan yang dipesan pelanggan dalam masa setengah jam selepas pembayaran. Sistem penghantaran bungkusan menggunakan dron ini masih lagi diperhalusi dan menanti kelulusan oleh pihak berwajib. Sementara menunggu Amazon memperlihatkan dron Prime Air Delivery mereka.

Amazon-Prime-Air-1

Tidak seperti dron sebelum ini, dron terkini ini mempunyai rekaan hibrid. Untuk terbang menegak ia menghidupkan sistem quadrotor. Apabila mencapai ketinggian tertentu ia kemudian berubah menjadi sebuah kapal terbang konvensional dan enjin quadrotor dimatikan. Dron terkini ini mampu terbang pada ketinggian 122 meter dengan kelajuan 88 kilometer sejam dan jarak operasi sehingga 24 kilometer. Amazon masih belum mengesahkan bila perkhidmatan penghantaran Prime Air Delivery akan bermula. Namun mereka berkata sistem yang digunakan dron terkini ini sudah bersedia untuk penggunaan dunia sebenar. Di masa hadapan anda boleh memesan barangan dari kedai atas talian dan menerima sepantas memesan makanan segera.

Amazon-Prime-Air-2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Dron Terkini Amazon Diperlihatkan – Rekaan Hibrid Helikopter Dan Kapal Terbang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info