Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple iOS 11.3 Sedia Dimuat-Turun – Hadir Dengan Ciri Melihat Kesihatan Bateri iPhone

Apple hari ini telah mula menawarkan kemaskini iOS untuk iPhone, dimana ia menyertakan sejumlah ciri-ciri baru bersama dengannya. Antara fokus utama pada kemaskini baru ini adalah sokongan ARKit 1.5 dengan pengalaman realiti-gabungan yang lebih baik kepada pengguna, selain ciri paparan iPhone Battery Health dalam bentuk beta.

Apple iOS Battery Health

Kini, pengguna boleh melihat kapasiti pengecasan maksimum untuk iPhone anda, selain kawalan prestasi yang dilakukan oleh sistem operasi. Disamping itu, ia kini turut menyertakan ciri pengurusan pengecasan iPad, sejumlah Animoji baru untuk iPhone X, dan juga lebih kawalan privasi.

Apple iOS 11.3 juga menawarkan kemaskini untuk Safari dalam memudahkan Autofill, serta amaran sekiranya anda memasukkan kata laluan pada laman tanpa HTTPS.

Bagi anda yang menggunakan iPhone, iPad dan sebagainya, boleh mengemaskini peranti anda hari ini, dan menikmati sejumlah ciri baru yang dibawakan olehnya.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple iOS 11.3 Sedia Dimuat-Turun – Hadir Dengan Ciri Melihat Kesihatan Bateri iPhone"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info