Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei Mate RS – Telefon Pintar Premium Dengan Pelbagai Integrasi Teknologi Baru

Huawei sedia mencuri perhatian ramai pada minggu ini dengan pengenalan telefon pintar terbaru mereka, Huawei P20 dan Huawei P20 Pro. Pada acara yang sama juga, mereka secara ringkas memperlihatkan telefon pintar edisi khas premium mereka hasil kerjasama dengan Porsche Design, iaitu Porsche Design Huawei Mate RS.

Huawei Mate RS

Huawei Mate RS

Huawei Mate RS hadir dengan rekaan skrin nirbingkai dan bahagian tepinya sedikit melengkung, selain penggunaan tri-kamera pada bahagian belakang. Secara kasar, rekabentuknya boleh dikatakan sedikit menyerupai Samsung Galaxy S9, tetapi ia hadir dengan elemen rekaan tersendiri – terutamanya membezakan pada bahagian kamera dibelakang.

Berbeza dengan Huawei P20 Pro, pihak Huawei tidak mengintegrasikan sebarang skrin bertakuk pada telefon pintar Mate RS ini. Ia hadir dengan pilihan warna hitam dan merah – sekaligus mengekalkan elemen rekaan premium selari dengan kenderaan berjenama Porsche.

Menariknya pada telefon pintar ini, Huawei memilih untuk mengintegrasikan pelbagai teknologi baru terkini – sekaligus memberikan ia akses kepada ciri-ciri baru sebelum ia hadir ke peranti Huawei lain secara meluas.

Pengimbas Cap Jari Pada Skrin

Ciri pertama yang mencuri perhatian adalah pengimbas cap jari pada skrin. Huawei memilih untuk menyertakan dua pengimbas cap jari pada telefon pintar ini, satu pada skrin, dan satu lagi pada bahagian belakang. Kami masih tertanya-tanya sebab mengapa ia menyertakan dwi-pengimbas cap jari, tetapi berkemungkinan kerana pihak Huawei merasakan penyertaan pengimbas cap jari pada skrin masih awal, dan memberikan pilihan kedua pada bahagian belakang.

Huawei Mate RS

Huawei Mate RS

Daripada pengamatan kami, pengimbas cap jari pada skrin ini berfungsi dengan lancar tanpa masalah. Pengguna perlu meletakkan jari pada bahagian tengah skrin, dan ia akan mengenal-pasti cap jari, seterusnya memberikan akses kepada skrin. Secara kasar, ia berfungsi pantas, sama seperti penggunaan sensor cap jari pada peranti Huawei sebelum ini.

Huawei Mate RS

Selain daripada pengimbas cap jari, pengguna turut boleh nyah-kunci peranti ini dengan menggunakan pengimbas wajah melalui kamera hadapan telefon Mate RS ini.

Pengecas Tanpa-Wayar

PD Huawei Mate RS

Disamping integrasi pengimbas cap jari pada skrin, Huawei Mate RS ini juga adalah antara yang terawal daripada Huawei yang hadir dengan sokongan pengecas tanpa-wayar. Pengguna boleh menggunakan alternatif mengecas menggunakan pengecas tanpa-wayar selain sokongan slot USB-C pada bahagian bawah telefon pintar berkenaan. Untuk pengecas tanpa-wayar, ia beroperasi sama seperti sejumlah telefon pintar lain yang mana boleh dikatakan sedikit lambat jikalau dibandingkan dengan penggunaan kabel pengecas USB-C sendiri.

Tri-Kamera 40-megapixel

Untuk rakaman gambar, Huawei Mate RS ini hadir dengan spesifikasi sama seperti Huawei P20 Pro, yag mana menyediakan gabungan sensor 40-megapixel RGB, 20-megapixel monokrom, dan 8-megapixel telefoto.

Huawei Mate RS

Ini sekaligus memberikan kebolehan rakaman gambar dengan jelas ketika keadaan cahaya malap, sokongan zoom optikal sehingga 3 kali, zoom hibrid sehingga 5-kali, dan juga kebolehan mengawal rakaman sehingga ISO 102400.


Secara keseluruhan, kali ini Porsche Design Huawei Mate RS ini membawa kelainan yang lebih baik dan berbaloi berbanding penawaran Porsche Design sebelum ini yang semata-mata membawa sedikit perubahan kosmetik sahaja. Dengan penawaran sejumlah ciri-ciri premium ini, ia mungkin akan membuat pengguna lebih tertarik untuk mendapatkannya – memandangkan mereka menerima akses kepada beberapa ciri dan teknologi lebih awal berbanding penawaran pada peranti lain.

Huawei Mate RS

Di Malaysia, Huawei menyasarkan untuk menawarkannya sekitar Mei 2018 kelak. Harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Sebelum ini, beberapa peranti dibawah jenama Porsche Design ditawarkan pada harga mencapai RM6,999.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Mate RS – Telefon Pintar Premium Dengan Pelbagai Integrasi Teknologi Baru"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info