Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Dijangka Hadir Dengan Telefon Pintar Menggunakan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin

Dengan rekaan skrin menyeluruh dihadapan, pelbagai pengeluar mula memikirkan cara alternatif untuk mengintegrasikan pengimbas cap jari – dan salah satunya adalah dengan mengintegrasikannya pada skrin. Sebelum ini, Vivo telah hadir dengan telefon pintar yang menggunakan pengimbas cap jari pada skrin, selain Huawei turut melakukan perkara sama pada Huawei Mate RS.

Terkini, melalui fail firmware yang ditemui oleh XDA, ia dilihat Xiaomi turut sedang membangunkan perkara sama untuk diperkenalkan pada telefon pintar akan datang mereka.

Buat masa ini, ia tidak diketahui apakah peranti yang akan mengintegrasikan pengimbas cap jari pada skrin ini. Mungkin ia adalah Xiaomi Mi 7, ataupun mungkin juga variasi edisi terhad untuk Mi 7 kelak.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah lagi ciri menarik yang akan diintegrasikan oleh Xiaomi pada telefon pintar akan datang mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Dijangka Hadir Dengan Telefon Pintar Menggunakan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info