Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Telekom Malaysia Kini Turut Menawarkan Pakej Perlindungan Dan Insuran Untuk Peranti

Telekom Malaysia hari ini telah memperkenalkan beberapa pembaharuan pada pakej Unifi mereka, dimana pelan Unifi Advance ditawarkan pada harga promosi bermula RM179 untuk 30Mbps. Selain daripadanya, beberapa perkara baru sebagai penambahan turut diperkenalkan, dan salah satunya adalah Home Gadget Protection (HGP).

Telekom Malaysia bekerjasama dengan TPT Agency Sdn Bhd untuk menjayakan perkara ini – dan mengatakan melindungi peranti pengguna daripada kecurian, kerosakkan disebabkan kemalangan, banjir dan juga perlindungan daripada kilat.

TM HGP Insuran

Tiga pelan berbeza disediakan oleh Telekom Malaysia, dimana masing-masing membawakan kadar had perlindungan yang berbeza dan juga jumlah gajet yang dilindungi dibawahnya.

Gajet yang dilindungi ini adalah tertakluk kepada gajet-gajet yang dihubungkan ke Unifi atau Streamyx sahaja dan ia tidak melindungi peranti yang selain daripadanya. Jadi, secara kasar ia boleh melindungi seperti router, NAS, komputer dan sebagainya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Telekom Malaysia Kini Turut Menawarkan Pakej Perlindungan Dan Insuran Untuk Peranti"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info