Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Menawarkan Kemaskini PS4 System Update 3.10 – Membolehkan Pengguna Mengikuti Akaun Rasmi

Sony hari ini telah mula menawarkan kemaskini perisian baru kepada pengguna konsol PlayStation 4. Membawakan angka versi 3.10, ia tidak membawakan sebarang perubahan drastik, tetapi lebih kepada kemaskini kecil dengan beberapa fungsi baru sahaja.

PS4 System Software 3.0

PlayStation 4 System Update 3.10 ini, ia membawakan kebolehan untuk pengguna mengikuti kemaskini daripada akaun penerbit permainan dan studio permainan rasmi di bahagian Profile, sekaligus melihat kemaskini aktiviti baru pada bahagian Whats New.

Disamping itu, Sony turut menambah beberapa sticker baru pada bahagian Messages dalam menjadikan penghantaran mesej anda lebih menarik berbanding kebiasaan.

Kemaskini ini diperkenalkan secara berperingkat, dan anda boleh menyemak konsol PlayStation 4 anda hari ini untuk melihat sama ada sudah sedia untuk dikemaskini atau sebaliknya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony Menawarkan Kemaskini PS4 System Update 3.10 – Membolehkan Pengguna Mengikuti Akaun Rasmi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info