Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Meizu Hadir Dengan Kempen Menukar-Ganti OnePlus 2 Kepada Meizu Pro 5

Pada minggu lepas, kita melihat pihak OnePlus hadir dengan kempen mengajak pengguna untuk mengubah peranti Samsung mereka kepada OnePlus 2 secara percuma. Kini, mengikut langkah yang sama, pihak Meizu turut mengumumkan kempen mereka dalam membolehkan pengguna OnePlus 2 untuk menukar-ganti peranti mereka kepada Meizu Pro 5.

Meizu Pro 5

Memandangkan pihak Meizu menawarkan pendaftaran tukar-ganti ini dalam bahasa Inggeris, ia boleh dikatakan yang mana mereka membuat program tukar-ganti ini pada tahap global dan bukan setakat pasaran China sahaja.

Seperti ramai sedia maklum, Meizu Pro 5 adalah telefon pintar terbaru daripada Meizu, hadir dengan penawaran teknikal menyerupai Galaxy S6 – tetapi dengan beberapa perubahan minima, serta berbeza dari segi rekabentuk dan penambahan teknologi tambahan.

Meizu Pro 5 dijangka hadir ke Malaysia sekitar bulan November kelak, dan jika anda tidak sabar menantikannya, mungkin boleh mendapatkan Galaxy S6, dan menukarnya kepada OnePlus 2 sebelum mendapatkan Meizu Pro 5 ini.

Meizu Pro 5

Meizu Pro 5

Meizu Pro 5



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Meizu Hadir Dengan Kempen Menukar-Ganti OnePlus 2 Kepada Meizu Pro 5"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info