Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sharp Hadir Dengan Telefon Pintar Edisi Terhad Bertemakan Neon Genesis Evangelion

Jepun boleh dikatakan agak terkenal dengan pelbagai siri anime mereka, dan bersempena dengan ulang-tahun ke-20 untuk siri animasi Neon Genesis Evangelion, pihak Sharp hadir dengan telefon pintar khusus untuknya dinamakan sebagai SH-M02-EVA20.

Telefon pintar ini membawakan rekaan bertemakan siri animasi berkenaan, termasuk penggunaan warna khusus – sebagai contoh warna butang kuasa yang seumpama terdapat pada Unit-01 dalam siri animasi berkenaan.

Neon Genesis Evangelion

Telefon pintar ini dilihat memfokuskan kepada peminat siri berkenaan, dan hanya sekitar 30,000 unit sahaja akan dihasilkan. Dari segi spesifikasi, ia membawakan spesifikasi biasa sahaja – termasuk penggunaan cip Snapdragon MSM926 1.2Gz, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB.

Melengkapkan peranti ini adalah beberapa kandungan tambahan untuk para peminat siri animasi berkenaan. Pelbagai gambar latar akan ditawarkan secara percuma setiap hari untuk tempoh setahun, selain turut menyertakan kesan bunyi menggunakan suara watak pada siri animasi berkenaan.

Telefon pintar ini hanya akan dijual di Jepun sahaja, dan dengan pengeluaran terhad, Sharp akan menjualnya pada harga 84249 Yen (~RM3014).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sharp Hadir Dengan Telefon Pintar Edisi Terhad Bertemakan Neon Genesis Evangelion"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info