Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei Melancarkan Huawei Mate S Secara Rasmi Di Malaysia

Huawei hari ini secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship paling mahal daripada mereka setakat ini, iaitu Huawei Mate S. Telefon yang hadir dengan rekaan premium ini hadir pada harga RM2698.

Huawei Mate S hadir dengan rekaan berasaskan logam, dan menawarkan ciri-ciri premium, termasuk integrasi pengimbas cap jari pada bahagian belakang, serta menggunakan lampu LED Flash untuk kamera hadapan.

Dari segi spesifikasi, Huawei Mate S hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, dijana menggunakan cip pemprosesan Kirin 935, memori 3GB RAM, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.

Huawei Mate S

Huawei Mate S

Menjana peranti ini adalah sistem operasi berasaskan Android, dipanggil sebagai EMUI. Melaluinya, beberapa perkara khusus turut disertakan, termasuk tambahan mod rakaman gambar dan video, funsi memantau aplikasi yang menggunakan data, selain beberapa fungsi lain – seperti kebolehan merakam skrin.

Huawei Mate S telah diperkenalkan sebelum ini dengan sokongan Force Touch untuk pasaran global. Namun, untuk pasaran tempatan, tiada perancangan untuk membawa masuknya ke pasaran tempata – salah satu sebabnya adalah disebabkan faktor harga yang tinggi untuk peranti berkenaan.

Untuk pasaran tempatan, Huawei akan menawarkan jaminan selama 2 tahun, dimana untuk tahun pertama, mereka menawarkan pertukaran peranti satu-ke-satu. Pengguna Mate S juga akan menerima keutamaan apabila ke kedai Huawei berdekatan untuk tujuan khidmat pelanggan atau bantuan berkaitan.

Huawei turut mengatakan 3000 pelanggan pertama akan menerima Mate S Bespoke Royal Selangor VIP Pewter Card, yang mana hanya eksklusif untu

Huawei Mate S akan dijual dipasaran tempatan pada harga RM2698. Tiada sebarang kerjasama dengan pihak syarikat telekomunikasi diumumkan buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Melancarkan Huawei Mate S Secara Rasmi Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info