Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei G8 Dilancarkan Pada Harga RM1499 – Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari

Disamping memperkenalkan Huawei Mate S, pihak Huawei Malaysia turut memperkenalkan dua lagi peranti terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu telefon pintar Huawei G8, dan juga tablet Huawei MediaPad M2.

Huawei G8

Huawei G8 telah diumumkan bersama-sama Huawei Mate S sebelum ini ketika pelancaran global. Huawei G8 turut menyertakan rekaan berasaskan logam, membawakan skrin bersaiz 5.5-inci, dan rekaan kaca skrin hadapan 2.5D dalam usaha memberikan bentuk paparan yang cantik kepada pengguna.

Seperti pada Huawei Mate S, Huawei G8 juga turut menyertakan integrasi pengimbas cap jari untuk tujuan sekuriti atau beberapa fungsi tambahan seperti mengawal talam notifikasi dan sebagainya. Untuk tujuan rakaman, ia menyertakan kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

Huawei G8

Peranti ini turut hadir dijana menggunakan cip Qualcomm MSM8939, memori 3GB RAM dan juga ruangan storan sebesar 32GB. Huawei mengatakan peranti ini menggunakan bateri berkapasiti 3000mAh yang menawarkan masa penggunaan sepanjang hari.

Di Malaysia, Huawei G8 ini dijual pada harga RM1499, dan boleh dikatakan salah satu peranti Huawei yang ditawarkan pada harga yang sangat agresif, apatah lagi dengan integrasi pengimbas cap jari.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei G8 Dilancarkan Pada Harga RM1499 – Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info