Antara perkara aneh yang dilakukan Apple ialah merahsiakan spesifikasi penuh peranti mereka. Ini berbeza dengan apa yang dilakukan pengeluar lain yang dengan mudah memberikan maklumat penuh peranti mereka. Antara misteri yang tidak terjawab selepas pelancaran iPad Pro, iPhone 6S dan 6S Plus ialah jumlah RAM yang digunakan.
Hari ini ianya akhirnya terjawab dengan iPad Pro disahkan mempunyai RAM 4 Gigabyte manakala iPhone 6S dan 6S Plus mempunyai RAM 2 Gigabyte. Penemuan saiz RAM ini dilakukan oleh Hamza Sood, seorang pembangun aplikasi iOS menerusi emulator XCode. Ini adalah berita baik kerana dengan jumlah RAM yang besar masalah multi tasking iOS pastinya dapat diselesaikan. Dalam kes iPad Pro jumlah RAM yang besar membantu proses melakukan tugasan berat seperti menyunting video 4K.
Sebagai perbandingan iPhone generasi pertama mempunyai RAM sebesar 128 Megabyte. iPad generasi pertama pula mempunyai RAM sebesar 256 Gigabyte. Misteri yang masih belum terjawab ialah apakah kelajuan pemproses A9 dan A9X serta jumlah teras yang digunakan. Ianya hanya akan terjawab apabila ketiga-tiga peranti mula dijual pada hujung bulan ini dan Oktober hadapan.
Not much of a surprise but Xcode confirms 2GB of RAM for the 6s (and 6s plus), and 4GB for the iPad Pro http://pic.twitter.com/X8Ym4DtamS
— Hamza Sood (@hamzasood) September 13, 2015
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "iPad Pro Disahkan Mempunyai RAM 4 Gigabyte Manakala iPhone 6S & 6S Plus Mempunyai RAM 2 Gigabyte"