Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Memperkenalkan TechPrep – Membantu Mempromosi Sains Komputer Dan Pengaturcaraan

Facebook hari ini telah memperkenalkan inisiatif baru mereka dinamakan sebagai TechPrep, yang mana merupakan salah satu usaha Facebook dalam menarik lebih ramai meminati arena pengaturcaraan dan sains komputer – selain mendapatkan sumber untuknya.

Facebook TechPrep

Melalui laman TechPrep, pihak Facebook mengatakan akan terdapat lebih 1 juta pekerjaan memfokuskan pengaturcaraan yang tidak diisi menjelang 2020, sekaligus menjadikan pekerjaan pengaturcaraan ini salah satu kerja yang mempunyai permintaan tinggi.

TechPrep memfokuskan untuk mempromosikan ilmu sains komputer dan pengaturcaraan, selain pada masa yang sama menawarkan sumber-sumber rujukan yang sesuai untuk pengguna – tidak kira sama ada anda mempunyai ilmu berkaitan pengaturcaraan ataupun sebaliknya. Pelbagai pautan berguna turut disediakan – termasuk pautan kepada edX, CodeCademy dan sebagainya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Memperkenalkan TechPrep – Membantu Mempromosi Sains Komputer Dan Pengaturcaraan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info