Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Star Wars Battlefront Deluxe Edition Hadir Dengan Peti Sejuk Han Solo

Edisi khas permainan komputer sering disertakan dengan pelbagai barangan eksklusif. Figura aksi selalunya menjadi barangan khas yang disertakan. Ada juga pengeluar yang menyertakan gimik melampau memberikan gogal pandangan malam seperti yang dilakukan oleh Call of Duty Modern Warfare 2.

star-wars-battlefront-han-solo

Edisi khas Star Wars Battlefront Deluxe Edition yang akan muncul November hadapan turut disertakan dengan barangan aneh. Dengan setiap pembelian anda turut menerima sebuah peti sejuk mini dengan rekaan Han Solo beku di dalam carbonite. Setiap peti sejuk ini boleh menempatkan enam tin minuman. Setiap edisi khas Star Wars Battlefront ini dijual pada harga $130 sebuah. Penawaran edisi khas ini nampaknya hanya untuk versi PlayStation 4. Apa yang anda perlukan sekarang ialah figura aksi Bobba Fett bagi mengawal minuman yang disimpan anda dari dicuri rakan.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Star Wars Battlefront Deluxe Edition Hadir Dengan Peti Sejuk Han Solo"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info