Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mingguan Amanz – IFA 2017, iTunes Bil Telekomunikasi

Minggu ini menyaksikan acara IFA 2017 berlangsung di Jerman – dimana sejumlah produk baru telah dilancarkan dan bakal hadir ke pasaran secara berperingkat dalam bulan-bulan akan datang.

Antara yang diumumkan adalah termasuk telefon pintar terbaru LG, iaitu LG V30; Sony dengan telefon pintar berspesifikasi tinggi mereka, Sony Xperia XZ1 dan juga Xperia XZ1 Compact. Pihak Sony turut memperkenalkan sebuah pembesar suara pintar dengan integrasi Google Assistant, selain sebuah kamera kompak seumpama GoPro.

Lenovo turut tidak ketinggalan dan memperkenalkan Moto X4 yang hadir dengan spesifikasi pertengahan dan menggunakan dwi-kamera dibelakang. Samsung pula telah memperkenalkan sejumlah peranti boleh pakai mereka, termasuk Gear Sport dan juga Gear Fit2 Pro.

Acer pula telah melancarkan sejumlah komputer baru dengan sokongan cip Intel Core Generasi Ke-8, selain membuat kejutan dengan memperkenalkan Predator Orion 9000 yang menawarkan kuasa pemprosesan dan grafik berkuasa.

Google pula minggu ini telah memperkenalkan logo dan antaramuka YouTube baru, selain inisiatif ARCore untuk pembangunan teknologi Augmented Reality.

Dan akhir sekali, pihak Apple bersama beberapa syarikat telekomunikasi tempatan telah memperkenalkan sokongan pembelian kandungan di AppStore, iTunes dan Apple Music menggunakan bil telekomunikasi Celcom, Digi dan U Mobile.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mingguan Amanz – IFA 2017, iTunes Bil Telekomunikasi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info