Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Messenger Lite Hadir Dengan Sokongan Panggilan Suara

Facebook sebelum ini telah memperkenalkan sebuah aplikasi Messenger khusus untuk mereka dengan peranti berspesifikasi rendah, iaitu Messenger Lite. Ketika pengenalan, Messenger Lite hadir dengan fungsi asas untuk permesejan sahaja – tetapi dari hari ke hari, sedikit demi sedikit ciri baru ditambah.

Terkini, kami sedar yang mana Facebook turut telah menambah ciri panggilan suara pada aplikasi Messenger Lite. Kami kurang perasan sejak bila ia telah diperkenalkan, tetapi ia masih baru lagi buat masa ini.

Facebook Messenger Lite

Seperti pada Messenger biasa, anda boleh membuka sebarang profil rakan-rakan atau kotak sembang bersama mereka, dan menekan kepada ikon panggilan telefon bersebelahan dengan nama mereka. Panggilan seterusnya akan dilakukan melaui sambungan WiFi atau data.

Bagi anda yang semakin kurang mengemari Messenger biasa yang hadir dengan pelbagai penambahan drastik – termasuk pengiklanan, mungkin Messenger Lite ini boleh digunakan anda.

Muat-Turun Facebook Messenger Lite untuk Android



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Messenger Lite Hadir Dengan Sokongan Panggilan Suara"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info