Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Magic SIM Menambah Internet Burung Hantu – Penggunaan Data Percuma Dari Jam 1 Pagi – 7 Pagi

Suku tahun ketiga tahun ini memperlihatkan pelbagai kemaskini dan pengenalan produk baru dari syarikat telekomunikasi. Terbaru, Celcom menerusi pelan Magic SIM telah menambah penawaran terbaru yang digelar Internet Burung Hantu, memberikan penggunaan data internet percuma dari jam 1 pagi hingga 7 pagi.

Khusus buat pelanggan Magic SIM, mereka akan berupaya bukan sekadar menggunakan penstriman percuma, malahan sebarang penggunaan data pada tempoh ini tidak akan dikira dalam had kuota data mereka. Bagi mendapatkan fungsi ini, pelanggan perlu melanggan pelan data mingguan atau pelan data bulanan dari Magic SIM pada harga bermula RM10 untuk 500MB yang turut disertakan 15 minit panggilan percuma dan 15 SMS percuma. Bagi pelan internet RM 25 (1GB), RM 38 (2GB) dan RM 58 untuk 4GB pelanggan akan menerima panggilan percuma selama 75 minit dan 75 SMS percuma.

12011336_1189245544425327_6280928532614728271_n

Bagi mendapatkan Magic SIM, anda boleh mendapatkannya pada harga RM 5 yang turut disertakan dengan 200MB data berkelajuan tinggi dan juga kredit bernilai RM 3. Sekiranya anda sudahpun melanggan Magic SIM, anda juga boleh memberikan kad Magic SIM kepada rakan-rakan dan juga keluarga secara percuma melalui laman web Celcom.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Magic SIM Menambah Internet Burung Hantu – Penggunaan Data Percuma Dari Jam 1 Pagi – 7 Pagi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info