Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Epik – Sebuah Lagi Cangkerang Apple Watch Tahan Lasak Yang Menarik

Apple Watch ialah jam pintar yang harganya jauh lebih mahal dari kebanyakan telefon pintar di pasaran. Bagi memastikan jam tangan eksklusif ini tidak akan mudah rosak pelbagai cangkerang boleh anda beli di pasaran. Epik oleh Lunatik ialah sebuah lagi cangkerang tahan lasak yang mempunyai rekaan yang menarik. Terdapat dua versi dihasilkan. Epik Polycarbonate mempunyai cangkerang diperbuat daripada bahan polikarbonat. Epik Aluminium pula diperbuat daripada aluminium. Terdapat pilihan tali diperbuat daripada silikon, logam dan juga kulit. Rekaan luaran Apple Watch dengan kedua-dua cangkerang ini kelihatan lebih agresif.

Lunatik-Epik-Apple-Watch-2

Epik Polycarbonate dijual pada harga bermula $39.95 manakala Epik Aluminium dijual pada harga $135.95  sebuah. Kedua-dua cangkerang hanya menyokong Apple Watch 42mm buat masa ini. Sekiranya rekaan Epik tidak memenuhi citarasa anda, anda mungkin boleh membeli cangkerang Spigen Touch Armour yang membuatkan Apple Watch anda kelihatan seperti sebuah jam tangan Casio G-Shock.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Epik – Sebuah Lagi Cangkerang Apple Watch Tahan Lasak Yang Menarik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info