Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Toshiba Akan Menjual Bahagian Televisyen Mereka Kepada Hisense

Toshiba kini dilihat menstruktur kembali syarikat mereka dan mula menjual beberapa bahagian perniagaan lain. Selain bahagian pengeluaran cip, kini Toshiba dilaporkan akan menjual bahagian TV kepada Hisense.

Toshiba dijangka akan menjual pegangan Toshiba Visual Solutions sebanyak 95% kepada Hisense, dan mereka akan kekal memegang 5% pada syarikat berkenaan. Nilai jualan ini dijangka berharga sekitar $113.6 juta.

Dengan pengambil-alihan bahagian TV Toshiba ini, untuk Hisense ia akan memberikan beberapa kelebihan, termasuk kepakaran dalam pembangunan TV. Proses pengambil-alihan ini dijangka mengambil sedikit masa, dan mungkin selesai seawal Februari 2018 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Toshiba Akan Menjual Bahagian Televisyen Mereka Kepada Hisense"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info