Dengan pengenalan cip Intel Coffee Lake-H yang baru, ia sekaligus membuatkan pelbagai pengeluar komputer untuk memperkenalkan penawaran mereka. Tidak ketinggalan adalah Illegear, dimana kini mereka memperkenalkan Illegar Onyx yang hadir bersama cip pemprosesan Intel Coffee Lake-H yang terbaru.
Illegear Onyx ini hadir dengan skrin 15.6-inci dan menggunakan rekaan nirbingkai, sekaligus menjadikan saiz keseluruhan komputer riba ini lebih kompak – seumpama komputer riba dengan skrin 14-inci. Ia turut hadir dengan pilihan cip pemprosesan Intel Core i5-8300H atau i7-8750H, menyokong memori sehingga 32GB RAM, ruangan storan sehingga 4TB.
Komputer riba ini turut hadir dengan pilihan penyertaan kad grafik GeForce GTX 1050Ti atau GTX 1060.
Selain penggunaan cip pemprosesan terkini, rekaan skrin nirbingkai, komputer riba ini turut hadir dengan papan kekunci mekanikal dengan pencahayaan RGB.
Di Malaysia, dua model ditawarkan untuk buat masa permulaan, iaitu versi Intel Core i7-8750H, GTX 1060, memori 8GB RAM, dan storan 240GB SSD + 1TB HDD pada harga RM6899 (dengan pilihan GTX 1050Ti pada harga RM5999), dan juga model Intel Core i5-8300H, GTX 1050Ti, memori 8GB RAM, 240GB SSD + 1TB HDD pada harga RM5499.
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Illegear Onyx Diperkenalkan Dengan Cip Intel Terkini, Rekaan Skrin Nirbingkai, Papan Kekunci Mekanikal"