Jika sebelum ini, Anzalna Nasir berdiam diri mengenai tarikh perkahwinan beliau, terkini menerusi rancangan H!live Apa Kata Malaysia malam semalam akhirnya mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan kekasih Hanif Zaki pada awal tahun hadapan.
Di dalam program kendalian pengacara terkenal, Aznil Nawawi itu, Hanif turut memberitahu beliau dan serta Anzalna akan bertunang dan bernikah pada hari yang sama.
"Insya-ALLAH, majlis tunang dan nikah akan diadakan pada tarikh sama. Bukan tidak mahu buat pada tarikh lain, tetapi jadual Anzalna yang padat. Saya faham. Majlis nikah, tunang dan resepsi kedua-dua pihak akan diadakan di Kuala Lumpur kerana kedua2 keluarga kami menetap di sini," ujar Anzalna dipetik sebagai berkata.
Klik gambar untuk size besar
<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk ""KAMI BAKAL NIKAH AWAL TAHUN HADAPAN" - ANZALNA NASIR"