Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kerajaan Menyasarkan 50% Kawasan Bandar Diliputi Internet Berkelajuan 100Mbps Menjelang Tahun 2020

Dengan perkembangan teknologi, salah satu perkara yang menjadi permintaan tinggi dikalangan pengguna adalah akses internet yang lebih pantas. Ramai pihak telah mengutarakan berkenaan perkara ini.

Menjawab mengenainya, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengatakan rakyat Malaysia lebih menyukai pakej internet berkelajuan rendah kerana berharga rendah berbanding dengan pakej berkelajuan tinggi.

Menurut beliau, lebih kurang 71% pengguna internet di Malaysia memilih pakej Streamyx berkelajuan antara 384 Kbps ke 1Mbps berbanding penawaran pakej lain yang menawarkan harga sehingga 50Mbps.

Ia dikatakan kerajaan memfokuskan kepada kelajuan internet, penawaran dan kadar mampu-milik untuk pengguna. Kerajaan menyasarkan kadar penembusan internet di Malaysia mencapai 95% menjelang tahun 2020 kelak. Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengatakan mereka ingin memastikan lebih kurang 50% kawasan bandar diliputi kelajuan sekurang-kurangnya 100Mbps, dan 20% kawasan pedalaman turut diliputi kelajuan sama menjelang 2020.

Namun, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah harga tawaran untuk pakej ini kelak. Mungkin juga pihak kementerian sendiri perlu mengatasi masalah pakej internet yang mahal ini, ataupun menetapkan kadar kelajuan minimum seperti sekurang-kurangnya 1Mbps untuk pakej asas internet.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kerajaan Menyasarkan 50% Kawasan Bandar Diliputi Internet Berkelajuan 100Mbps Menjelang Tahun 2020"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info