Sembang Maniac

Sembang-sembang je

BlackBerry Menerbitkan Sejumlah Aplikasi Priv Di Google Play Store

Bagi anda yang mengikuti perkembangan semasa BlackBerry, mungkin anda sedia maklum yang pengeluar peranti terkemuka berkenaan kini dalam persediaan untuk melancarkan telefon pintar pertama berasaskan Android. Kini, dalam persiapan akhir, mereka telah mula menerbitkan sejumlah aplikasi yang akan hadir terbina pada peranti berkenaan di Google Play Store.

BlackBerry PlayStore

Dengan menerbitkan ia di Google Play Store, ia akan memberikan kelebihan untuk pihak BlackBerry untuk mengemaskini aplikasi mereka dari semasa ke semasa – tanpa perlu nantikan kemaskini sistem operasi menyeluruh. Ini juga akan memudahkan proses pihak BlackBerry memperkenalkan fungsi baru untuk pengguna berbanding kebiasaan.

Daripada apa yang dilihat, pelbagai aplikasi telah diterbitkan, termasuk BlackBerry Hub, BlackBerry Keyboard, BlackBerry Password Keepert, BlackBerry Camera, BlackBerry Launcher dan sebagainya.

Semua aplikasi ini dilihat terhad untuk BlackBerry Priv sahaja, dan tidak boleh digunakan pada peranti lain buat masa ini. Ia tidak diketahui sama ada pihak BlackBerry akan melancarkan aplikasi Android ini untuk pengguna selain BlackBerry Priv ataupun tidak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "BlackBerry Menerbitkan Sejumlah Aplikasi Priv Di Google Play Store"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info