Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Perkhidmatan Penstriman Milk Video Dihentikan Samsung

Milk Video ialah perkhidmatan penstriman video yang dimiliki Samsung. Ianya dilancarkan oleh Samsung bgai memasuki arena penstriman video yang sedang berkembang pada waktu tersebut. Mereka membayar Buzzfeed,VICE dan Funny of Die untuk menghasilkan video untuk perkhidmatan mereka ini. Selepas setahun Samsung mengumumkan perkhidmatan ini akan dihentikan kerana kekurangan sambutan. Secara rasmi ia akan dihentikan bermula 20 November ini. Tidak diketahui sama ada perkhidmatan Milk Music dan Milk VR akan mengalami nasib yang sama. Perkhidmatan Milk Music ini baru sahaja disokong oleh Digi menerusi pakej Music Freedom mereka. Milk Video menyertai ChatOn sebagai perkhidmatan yang dihentikan perkhidmatannya oleh Samsung sejak 12 bulan kebelakangan ini.

Milk-Video



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Perkhidmatan Penstriman Milk Video Dihentikan Samsung"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info