Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Digi Menambah Penstriman Samsung Milk Music Dan MixRadio Pada Penawaran Digi Music Freedom

Digi Music Freedom merupakan penawaran daripada pihak Digi untuk pelanggan mereka, membolehkan pengguna Digi strim akan muzik daripada pelbagai penyedia perkhidmatan tanpa risau berkenaan dengan penggunaan data internet. Pengguna dikehendaki membuat langganan melalui aplikasi Digi Music Freedom, dan seterusnya boleh menikmati penstriman muzik tanpa caj internet.

Digi Music Freedom

Mereka sebelum ini telah menawarkan beberapa perkhidmatan terkemuka seperti Spotify, Deezer, Rdio, Joox dan sebagainya melalui Digi Music Freedom ini, dan hari ini pihak Digi menambah dua lagi rakan kerjasama, iaitu Samsung Milk Music dan juga MixRadio.

Samsung Mil Music merupakan perkhidmatan penstriman muzik daripada pihak Samsung, dan telah dilancarkan baru-baru ini. Sementara MixRadio pula merupakan perkhidmatan daripada LINE yang mana sebelum ini ia dimiliki oleh Nokia.

Pada masa yang sama, penawaran uji-cuba untuk Digi Music Freedom turut dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015 ini, dimana pengguna yang mengaktifkannya boleh menikmati perkhidmatan penstriman muzik secara percuma selama 120 hari.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Digi Menambah Penstriman Samsung Milk Music Dan MixRadio Pada Penawaran Digi Music Freedom"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info