Sembang Maniac

Sembang-sembang je

YIFY – Kumpulan Penyebar Video Cetak Rompak Popular Dilaporkan Sudah Berkubur

Yofy-TorrentsAngkat tangan sekiranya anda pernah memuat turun filem secara haram yang dihasilkan oleh Yify. Kepada yang tidak mengangkat tangan anda memang kudus seperti Sun Goku ataupun berbohong kerana tidak mahu diburu pemilik hakcipta intelek. Yify ialah kumpulan yang muncul sekitar 2010 dan menyebarkan video cetak rompak filem-filem terkini melalui perkhidmatan torrent. Video keluaran Yify digemari ramai kerana mempunyai saiz yang kecil walaupun beresolusi 1080P. Sungguhpun begitu ia tidak berapa digemari golongan audiophile kerana mempunyai kualiti yang rendah.

Laman rasmi Yify Torrents sudah tidak boleh diakses lebih dari seminggu. Pada waktu yang sama Yify juga tidak lagi memuat naik video baru sejak laman ini tidak lagi boleh diakses. Ini menguatkan khabar angin Yify mungkin sudah menamatkan operasi penyebaran video cetak rompak dan sekaligus berkubur. Laman Yify tidak boleh diakses dan video baru tidak lagi dimuat naik pada waktu yang sama laman PopCornTime turut berhenti beroperasi. Ada kemungkinan operasi Yify dihentikan secara mengejut bagi mengelakkan ahli kumpulan ini ditangkap oleh pihak berkuasa.

Kehilangan Yify ini pasti disenangi pemilik hak cipta intelek yang dikongsi secara haram oleh mereka. Kepada jutaan peminat Yify pula mereka perlu mencari sumber lain untuk mendapatkan video filem terkini secara percuma. Apa yang berlaku kepada Yify ini mengingatkan kami kepada apa yang berlaku kepada axxo. Sebelum wujudnya Yify, axxo ialah sumber video cetak rompak filem terkini yang popular. Seperti Yify, fail filem axxo adalah cukup kecil untuk dimuatkan ke dalam sebuah CDR. Axxo beroperasi dari tahun 2005 hingga 2009 sebelum berhenti secara tiba-tiba.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "YIFY – Kumpulan Penyebar Video Cetak Rompak Popular Dilaporkan Sudah Berkubur"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info