Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC Akan Memperkenalkan Telefon Android 6.0 Marshmallow Pertama Pada 20 Oktober

Lanjutan daripada acara pengumuman Google untuk peranti baru dan Android 6.0 Marshmallow, pihak HTC telah mengatakan mereka akan mula menawarkan kemaskini kepada pengguna bermula penghujung tahun ini untuk beberapa peranti terpilih. Selain daripadanya, HTC juga turut mempunyai sebuah peranti baru untuk diumumkan.

HTC Be Brilliant

HTC melalui laman sosial mereka mengatakan mereka akan mengumumkan telefon pintar mereka yang dijana menggunakan Android 6.0 Marshmallow pada 20 Oktober kelak – dan tiada sebarang info lanjut yang ditawarkan mengenainya.

Jikalau mengikut pelbagai desas-desus sebelum ini, HTC dilihat ingin memperkenalkan telefon pintar berspesifikasi pertengahan dinamakan HTC One A9. Ia tidak diketahui sama ada HTC akan mengumumkan peranti persis jenama buah berkenaan ataupun mempunyai sebuah produk yang berbeza untuk diumumkan pada tarikh berkenaan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC Akan Memperkenalkan Telefon Android 6.0 Marshmallow Pertama Pada 20 Oktober"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info