Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Photos Dikemaskini Dengan Perkongsian Album, Melabelkan Wajah, Dan Sokongan Chromecast

Dengan pengenalan Android 6.0 Marshmallow, pihak Google turut mengambil masa singkat untuk berkongsi mengenai salah satu perkhidmatan terbaru mereka yang telah dilancarkan sekitar empat bulan yang lepas, iaitu Google Photos.

Menurut Google, perkhidmatan ini telah menyaksikan lebih daripada 50 bilion gambar dan video dimuat-naik dalam tempoh yang singkat, menjadikan ia salah satu perkhidmatan popular Google.

Google Photos

Google Photos ditawarkan untuk Android, iOS dan juga melalui web, memudahkan pengguna memuat-naik gambar dan menguruskan ia, termasuk membuat carian gambar dengan mudah menggunakannya.

Dalam terus menambah-baik perkhidmatan Google Photos, beberapa fungsi baru diumumkan oleh Google hari ini. Yang pertama diumumkan oleh Google adalah sokongan perkongsian album – membolehkan anda berkongsi album gambar dengan pengguna lain, sekaligus berkolaborasi dalam menambah gambar-gambar didalamnya, selain turut membolehkan yang lain melanggan ke album tersebut dan menerima notifikasi apabila gambar baru ditambah didalamnya.

Google Photos

Disamping itu, kini Google juga turut menawarkan sokongan tag dan melabel wajah seseorang dalam gambar di Google Photos. Ini membolehkan pengguna membuat carian gambar mereka dengan mudah pada masa akan datang, dan Google mengatakan segala label adalah berbentuk peribadi dan tidak dikongsikan dengan yang lain.

Dan akhir sekali, satu lagi fungsi baru yang akan hadir ke Google Photos adalah sokongan Chromecast, membolehkan pengguna menyiarkan gambar dari peranti terus ke televisyen untuk tujuan perkongsian.

Sebahagian fungsi ini akan hadir ke Google Photos di Android dalam masa minggu ini, sementara yang lain akan menyusul dalam beberapa minggu lagi.

Google Photos



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Photos Dikemaskini Dengan Perkongsian Album, Melabelkan Wajah, Dan Sokongan Chromecast"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info