Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC Akan Memulakan Kemaskini Android 6.0 Marshmallow Untuk Peranti Mereka Pada Penghujung Tahun Ini

Lanjutan daripada pengumuman Google mengenai penawaran kemaskini Android 6.0 Marshmallow bermula minggu hadapan, kini HTC turut telah mengeluarkan komen mereka, mengatakan peranti mereka akan dikemaskini dengan Android 6.0 Marshmallow secara berperingkat bermula penghujung tahun ini.

HTC Marshmallow

Dua peranti yang akan menerimanya pada penghujung tahun ini adalah HTC One M9 dan juga HTC One M8.

HTC turut mengatakan sejumlah peranti lain turut akan menerima kemaskini Android 6.0 Marshmallow, termasuk HTC One M9+, HTC One E9+, HTC One E9, HTC One ME, HTC One E8, HTC One M8 EYE, HTC Butterfly 3, HTC Desire 826, HTC Desire 820 dan juga HTC Desire 816.

HTC menekankan yang mana penawaran kemaskini ini akan berbeza mengikut negara dan juga syarikat telekomunikasi yang digunakan oleh pengguna.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC Akan Memulakan Kemaskini Android 6.0 Marshmallow Untuk Peranti Mereka Pada Penghujung Tahun Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info