Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Mengumumkan Nexus 6P Daripada Huawei – Telefon Nexus Paling Premium

Google hari ini secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Nexus daripada Huawei, dinamakan sebagai Nexus 6P. Melalui Nexus 6P, Google dan Huawei bersama-sama menyertakan pelbagai ciri-ciri premium padanya dalam menawarkan pengalaman penggunaan Android yang baik dan asli.

Seperti tertiris sebelum ini, Nexus 6P hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci pada resolusi QHD, menggunakan binaan berasaskan aluminimum, dan dijana dengan Snapdragon 810. Telefon pintar ini menggunakan memori 3GB RAM, serta bateri berkapasiti 3450mAh.

Google Nexus 6P

Google Nexus 6P

Google Nexus 6P

Telefon pintar ini turut menyertakan sebuah sensor tambahan dinamakan Android Sensor Hub yang membolehkan paparan diaktifkan apabila anda mengambil peranti, selain mengoptimasikan penggunaan bateri.

Nexus 6P turut hadir menggunakan USB Type-C, serta dilengkapi pengimbas cap jari yang Google memanggilnya sebagai Nexus Imprint. Pengguna boleh menggunakan ia untuk nyah-kunci skrin, atau untuk melakukan pembayaran.

Disamping itu, Google turut menekankan kepada penggunaan kamera. Google mengatakan Nexus 6P menyertakan sensor kamera terbaik pada keluarga Nexus sehingga kini.

Google Nexus 6P

Nexus 6P menggunakan kamera belakang 12.3-megapixel yang hadir dengan sokongan rakaman video gerak-perlahan dan juga kebolehan rakaman video 4K. Ia turut dilengkapi dengan sokongan OIS bersama-sama dengannya.

Peranti ini akan ditawarkan di beberapa buah negara melalui Google Store. Memandangkan Huawei agak aktif dalam penawaran peranti mereka di Malaysia, ia tidak mustahil untuk kita turut melihatnya hadir ke pasaran tempatan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Mengumumkan Nexus 6P Daripada Huawei – Telefon Nexus Paling Premium"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info