Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Android Digunakan Oleh Lebih 1.4 Bilion Pengguna Seluruh Dunia

Google hari ini mengambil pentas utama dalam mengumumkan beberapa perkara mengenai produk mereka – Android dan Nexus. Memulakan acara dengan berkongsi mengenai perkembangan semasa Android, Google mengatakan kini ia digunakan oleh lebih 1.4 bilion pengguna seluruh dunia.

Sundar Pichai

Menurut Google, kini, perkembangan pesat dalam angka pengguna Android hadir daripada negara-negara membangun. Ini merupakan salah satu sebab kenapa Google turut telah hadir dengan program Android One baru-baru ini dalam menawarkan pengalaman penggunaan Android yang baru pada harga mampu kepada pengguna.

Disamping Android, Google turut mengatakan kini Google Play Store mempunyai lebih 1 bilion pengguna aktif setiap bulan – sekaligus menjadikannya sebagai salah satu platform menarik untuk pembangun menerbitkan kandungan dan aplikasi mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Android Digunakan Oleh Lebih 1.4 Bilion Pengguna Seluruh Dunia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info