EA telah mengumumkan permainan lumba kereta baru mereka, Need For Speed yang akan menyusul pada bulan November kelak. Sejak daripada pengumuman, mereka telah memperlihatkan sedikit demi sedikit berkaitan permainan berkenaan, dan terkini turut menerbitkan sebuah video memperlihatkan bentuk permainan yang bakal dibawakan.
Need For Speed baru ini kelak akan membawakan lima mod baru, dinamakan sebagai Speed, Style, Build, Crew dan juga Outlaw. Secara ringkasnya, Speed memfokuskan kepada perlumbaan berbentuk sprint, Style pula untuk drift, Build untuk pengubah-suaian kenderaan, Crew untuk permainan dalam bentuk kumpulan, dan Outlaw pula adalah berkaitan dengan aksi kejar-mengejar bersama polis.
Bersama-sama bentuk permainan juga, pihak EA turut memperlihatkan secara kasar kenderaan-kenderaan yang akan ditawarkan bersama-sama permainan ini.
Need For Speed akan ditawarkan untuk PC, PlayStation 4 dan juga Xbox One pada bulan November ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "EA Memperlihatkan Lima Kaedah Memainkan Permainan Need For Speed Akan Datang"