Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Digi Memperkenalkan Sokongan Pembayaran Pada Google Play Store Menggunakan Kredit Pascabayar Dan Prabayar

Digi pada hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Google, dalam menawarkan sokongan pembayaran pembelian kandungan dan juga aplikasi pada Google Play Store, terus menggunakan kredit pascabayar dan juga prabayar. Perkara ini sekaligus memudahkan lagi proses pembelian, disamping pengguna tidak perlu risau untuk menggunakan kad kredit bagi tujuan tersebut.

Google sebelum ini telah menawarkan kebolehan untuk pengguna tempatan membeli aplikasi, permainan, filem, dan juga hari ini memperluaskan penawaran dengan memperkenalkan sokongan membeli kandungan di Play NewsStand.

Digi - Google Play Store

Melalui integrasi daripada Digi untuk pembelian di Play Store ini, kini pengguna akan dipaparkan dengan pilihan untuk membuat pembayaran menggunakan akaun Digi apabila mereka ingin melakukan pembayaran. Jikalau pelanggan Digi tersebut menggunakan akaun prabayar, ia akan dipotong pada kredit, sementara untuk pengguna akaun pascabayar, ia akan dipaparkan pada bil semasa mereka.

Digi menjadi syarikat telekomunikasi pertama yang mengintegrasikan sokongan ini untuk platform Android atau pada Google Play Store. Mereka turut berharap dengan pengenalan ini, ia akan mengalakkan lebih ramai pembangun tempatan menerbitkan kandungan di Play Store, sekaligus menguntungkan ekosistem kandungan digital yang semakin berkembang.

Dengan pengenalan ini oleh Digi, tidak mustahil untuk kita turut melihat syarikat telekomunikasi lain mengintegrasikan sokongan sama untuk pelanggan mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Digi Memperkenalkan Sokongan Pembayaran Pada Google Play Store Menggunakan Kredit Pascabayar Dan Prabayar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info