Cyanogen merupakan salah satu variasi sistem operasi Android, dimana akhir-akhir ini mereka memfokuskan untuk hadir dengan sistem operasi yang bebas daripada integrasi pelbagai perkhidmatan Google. Sebelum ini, Cyanogen telah mengumumkan kerjasama dengan Microsoft untuk mengintegrasikan beberapa aplikasi, dan kini ia dilihat mungkin bukan setakat aplikasi sahaja, tetapi turut menyertakan integrasi Cortana.
Cortana merupakan pembantu maya pintar daripada Microsoft, yang mana ditawarkan untuk platform Windows. Baru-baru ini, Microsoft turut telah menawarkan aplikasi untuk Android, tetapi hadir dengan beberapa fungsi yang terhad.
Integrasi Cortana pada Cyanogen OS dikatakan akan lebih mendalam berbanding dengan aplikasi Cortana untuk Android. Ini akan membolehkan pelbagai fungsi tambahan turut diintegrasikan berbanding hanya intergasi asas seperti pada aplikasi Android.
Cyanogen dijangka akan mengintegrasikan Cortana ini pada sistem operasi versi akan datang mereka.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Cyanogen Dan Microsoft Ingin Mengintegrasikan Cortana Pada Versi Akan Datang Cyanogen"