IFA 2015 semakin hampir dan semakin banyak berita mengenai peranti mulai tertiris. Semalam sebuah video tertiris menunjukkan tiga model Sony Xperia Z5 yang bakal dilancarkan.Ia menunjukkan Olivier Tremme, Pengarah Pemasaran Sony Mobile memperlihatkan rupa tiga peranti yang bakal dilancarkan oleh Sony tidak lama lagi.Pertama sekali ialah Xperia Z5 Compact dengan skrin 4.6″ beresolusi 720P. Kedua ialah Xperia Z5 dengen skrin 5.2″ beresolusi 1080P. Akhir sekali ialah Xperia Z5 Prime yang mempunyai skrin 5.2″ beresolusi 4K. Ini menjadikan Z5 Prime peranti pintar pertama menyokong skrin beresolusi tinggi ini. Ketiga-tiga peranti dilengkapi kamera sebesar 23 Megapixel dan disahkan mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian sisi kanan. Ketiga-tiga peranti mempunyai spesifikasi serupa iaitu pemproses Snapdragon 810, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman 32 Gigabyte. Kemampuan kalis air masih lagi dikekalkan walaupun port pengecasan MikroUSB pada bahagian bawah peranti terbuka.
Penggunaan skrin 4K kami rasakan sangat melampau bagi sebuah peranti dengan skrin sebesar 5.2″. Jika perkiraan dilakukan skrin Xperia Z5 Prime mempunyai kepadatan pixel 800 PPI! Mata manusia sebenarnya tidak boleh membezakan perbezaan diantara 1080P dan QHD dari jarang penggunaan biasa sekitar 10 inci. Apabila skrin seperti ini digunakan ia terasa seperti penggunaan teknologi yang agak sia-sia. Sungguhpun begitu apa yang dilakukan Sony ini mungkin langkah drastik untuk membezakan peranti mereka dari apa yang dihasilkan oleh pengeluar lain. Hanya masa akan menentukan sekiranya gimik skrin 4K ini akan membuahkan hasil.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony Akan Melancarkan Tiga Model Xperia Z5 – Satu Dengan Skrin 4K"