Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ubisoft Menawarkan Permainan Watch Dogs Untuk PC Secara Percuma Untuk Masa Terhad

Bagi anda yang meminati permainan Watch Dogs, tetapi masih belum mencubanya – kini Ubisoft mengumumkan mereka akan menawarkan ia secara percuma untuk masa terhad. Anda hanya perlu mendaftar akaun Ubisoft Uplay, dan boleh mendapatkan versi PC untuk permainan berkenaan secara percuma.

Watch Dogs telah dilancarkan pada 2014 yang lepas, dimana ia membawa jalan cerita mengenai seorang pengodam yang perlu menggunakan kepakaran beliau dalam menyelesaikan pelbagai misi.

Untuk mendapatkannya, anda hanya perlu mendaftar akaun, dan mendapatkan ia untuk PC bermula 8 November sehingga 14 November ini.

Daftar : Watch Dogs Percuma Untuk PC



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ubisoft Menawarkan Permainan Watch Dogs Untuk PC Secara Percuma Untuk Masa Terhad"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info