Uncharted 4 – A Thief’s End ialah antara permainan yang paling dinantikan pemilik PlayStation 4. Pada asalnya ia sepatutnya mula dijual penghujung tahun ini tetapi dilewatkan bagi memperhalusi permainan sebelum dijual. Sony hari ini mengumumkan Uncharted 4 akan menemui peminat pada 18 Mac 2016. Mereka turut mengumumkan tiga permainan edisi khas yang boleh dimiliki peminat.
Edisi khas pertama yang diberi nama Special Edition yang berharga $79.99 akan mempunyai buku lakaran konsep setebal 48 mukasurat dan tempat simpanan diperbuat daripada logam. Edisi Libertia Special Edition berharga $119.99 pula mempunyai kesemua di atas, patung Nathan Drake setinggi 12″, topi baseball dan beberapa senjata serta pakaian khas untuk dipakai di dalam permainan. Terakhir sekali ialah Digital Deluxe Edition yang berharga $79.99 pula adalah edisi digital yang menyertakan Uncharted 4 Triple Pack iaitu DLC percuma serta beberapa pakaian eksklusif. Kesemua edisi khas di atas boleh di pra-pesan bemula minggu hadapan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Uncharted 4 – A Thief’s End Bakal Menemui Peminat 18 Mac 2016"