Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Assistant Kini Boleh Mengenalpasti Muzik Yang Dimainkan

Siri dan Google Assistant ialah dua pembantu maya yang digunakan secara meluas. Salah satu kelebihan Siri berbanding Google Assistant ialah ia mampu mengenalpasti muzik yang dimainkan. Bagi pengguna peranti Android, fungsi mengenalpasti muzik akhirnya mula diberikan kepada pengguna Google Assistant hari ini.

Kemaskini terbaru mengaktifkan fungsi pengenalan muzik ini. Pengguna terlebih dahulu perlu memberikan arahan suara “what music is playing?” dan Assistant kemudian akan mengambil masa beberapa saat mendengar. Selepas itu jawapan akan diberikan bersama dengan pautan internet, Youtube, Spotify, Google Play Music dan Search.

Buat masa ini hanya peranti yang menggunakan Android Oreo menerima fungsi ini. Kami menyedarinya pada Sony Xperia XZ Premium dan Huawei Mate 10 yang digunakan di pejabat. Pada peranti yang masih menggunakan Nougat ia masih belum diaktifkan. sw20op4o4



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Assistant Kini Boleh Mengenalpasti Muzik Yang Dimainkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info