Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Gambar Dikatakan Sony Xperia Z5 & Z5 Compact Tertiris – Pengimbas Cap Jari Pada Sisi Peranti

Sony Xperia Z3+ baru sahaja dijual di Malaysia dan secara peribadi kami sedikit kecewa dengan rekaan peranti yang kurang menarik jika dibandingkan dengan Z3. Hari ini gambar yang dikatakan Sony Xperia Z5 dan Z5 Compact tertiris. Di dalam gambar yang tertiris ini jelas sekali kelihatan ia menyokong sistem pengimbas cap jari.

Sony-Xperia-Z5-Tertiris

Tidak seperti Galaxy S6 dan OnePlus 2 yang meletakkan pengimbas di bahagian hadapan, kedua-dua peranti Sony ini meletakkan pengimbas di bahagian sisi. Butang kuasa berbentuk bulat kini lebih besar dan rata. Dengan meletakkan pengimbas pada bahagian sisi rekaan hadapan peranti Xperia yang cantik dikekalkan. Ia tidak kelihatan aneh seperti yang dilakukan pada HTC One M9+. Kekurangan pula ialah Xperia Z5 menjadi peranti tidak mesra pengguna kidal.

Xperia Z5 dan Z5 Compact dijangka akan diumumkan September hadapan. Kita nantikan kemunculan rasmi peranti ini untuk mengetahui kesahihan gambar yang tertiris ini. Apakah pendapat anda? Adakah rekaan dengan pengimbas jari sisi adalah tindakan yang baik oleh pihak Sony?

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Gambar Dikatakan Sony Xperia Z5 & Z5 Compact Tertiris – Pengimbas Cap Jari Pada Sisi Peranti"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info