Sembang Maniac

Sembang-sembang je

KumbaCam – Steadycam Untuk Peranti Pintar Dengan Sistem Giroskop

Kemampuan kamera pada peranti pintar sekarang adalah sangat baik dan hampir setanding kamera video prosumer di pasaran. Semakin banyak yang boleh merakam pada resolusi 4K dengan kualiti yang memuaskan. Tetapi tidak banyak peranti mempunyai sokongan OIS dan ini mengakibatkan video yang dirakam bergegar dan tidak stabil.  Bagi pengguna DLSR terdapat banyak steadycam dipasaran yang mengurangkan gegaran. Untuk peranti pintar kini wujud KumbaCam.

KumbaCam-1a

KumbaCam ialah steadycam peranti pintar dan GoPro yang dilengkapi tiga giroskop bagi memastikan rakaman yang lancar pampas gegaran. Hanya pasangkan peranti ada di hujung KumbaCam dan ia akan berfungsi secara automatik. KumbaCam mampu berfungsi sehingga 7 jam sebelum perlu dicas. Ia turut menyokong penggunaan powerbank bagi memanjangkan tempoh penggunaa. Harga jualan ialah $299.99 sebuah. Memang nampak agak mahal tetapi sistem penstabilan untuk kamera bukan peranti pintar dijual pada harga yang jauh lebih mahal.

Kumbacam-2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "KumbaCam – Steadycam Untuk Peranti Pintar Dengan Sistem Giroskop"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info