Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Tarikh Jualan MGS V The Phantom Pain Dipercepatkan – Hadir Pada Hari Yang Sama Dengan Konsol

Berita tarikh jualan permainan komputer dilambatkan adalah berita biasa sejak kebelakangan ini. Masalah pepijat dan keperluan menguji perisian dengan baik membuatkan banyak permainan terpaksa ditangguhkan penjualannya. Contoh terbaik ialah Batman Arkham Knight untuk PC yang ditarik penjualannya selagi kesemua masalah grafik tidak diperbaiki.

MGS-V-launch-date

Metal Gear Solid V The Phanton Pain nampaknya membawakan sedikit kelainan kerana edisi PC dipercepatkan penjualannya. Sepatutnya MGSV : TFP PC hadir pada 13 September iaitu hampir dua minggu selepas edisi konsol dijual. Tetapi pihak Konami mendengar pendapat peminat siri permainan yang popular ini dan akan menjual edisi PC pada hari yang sama dengan konsol iaitu 1 September.

Versi PC akan menyokong grafik sehingga 4K, kawalan grafik yang lebih tinggi serta membenarkan pemain mendengar lagu  pilihan sendiri melalui fail MP3.  Sungguhpun begitu pihak Konami tidak mengesahkan Windows10 akan disokong secara rasmi buat masa ini tetapi mereka berjanji akan melakukannya dalam jangka masa terdekat.

Namun tidak semua berita mengenai MGSV : TFP adalah baik hari ini. Konami turut mengesahkan MGS Online yang sepatutnya dilancarkan serentak dengan TFP akan dilewatkan sehingga Oktober 2015 pada konsol dan Januari 2016 pada PC.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tarikh Jualan MGS V The Phantom Pain Dipercepatkan – Hadir Pada Hari Yang Sama Dengan Konsol"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info