Kebiasaannya sesuatu aplikasi akan dikemaskini mengikuti peredaran masa dan salah satunya adalah paparan antaramuka Material Design yang dicipta untuk Android Lollipop. Pelbagai aplikasi popular telah menggunakan tema rekaan tersebut dan pada hari ini MyTeksi telah mengemaskini aplikasi Android mereka, dan menggunakan antaramuka bertemakan Material Design untuknya.
Bagi anda yang tidak mengenali MyTeksi, aplikasi yang juga dikenali sebagai GrabTaxi di rantau Asia Tenggara ini membolehkan pengguna menempah kenderaan untuk pergi ke sesuatu tempat mahupun menghantarkan barang. Melalui kemaskini ini, ia sekaligus memberikan pembaharuan dalam menggunakan aplikasi mereka, dimana ia kelihatan lebih responsif dan pantas serta kemas. Penggunaan paparan antaramuka juga dimaksimumkan, membolehkan pengguna turut memahami beza setiap kenderaan yang boleh ditempah.
Kemaskini aplikasi MyTeksi ini boleh dimuat-turun hari ini untuk Android manakala kemaskini untuk peranti iOS bakal menyusul pada bulan September. Terdahulu, MyTeksi telah mendapat suntikan dana yang meletakkan nilai mereka melangkaui US 1.6 Bilion beberapa minggu lalu.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi MyTeksi Untuk Android Dikemaskini Dengan Antaramuka Material Design"